Video


PENGANUT ISLAM DARI  BUDDHA


Ann wang seng bukanlah seorang  yang  asing namanya dikalangan majoriti masyarakat Islam di Malaysia.  Beliau adalah seorang berbangsa cina Muslim yang telah mendapat hidayah  Islam lebih kurang  16 tahun yang lalu, seorang yang sangat aktif dalam kegiatan dakwah Islam seperti ceramah  dan terlibat  dalam pertubuhan-pertubuhan  Islam yang  terkenal di malaysia terutama dakwah  di kalangan masyarakat Cina. Beliau juga telah menerbitkan banyak buku-buku  yang telah mendapat sambutan yang baik  di kalangan masyarakat seperti Rahsia Bisnes Orang Cina, Biar Cina Pimpin Islam dan sebagainya. Di dalam video ini beliau  telah menceritakan bagaimana perjalanan beliau dalam mencari kebenaran agama sehinggalah beliau mendapat hidayah Allah s.w.t.




Khadijah adalah seorang wanita China Islam telah berhijrah ke Arab Saudi demi untuk mendalami bahasa Arab dan mempunyai impian untuk menjadi guru di sekolah Islam di Beijing namun kehidupan disana  telah merubah beliau menjadi seorang pendakwah kepada masyarakat China bukan Islam yang turut sama berhijrah ke Arab Saudi kerana kelebihannya sebagai seorang cina dan mampu berbahasa Mandarin. Beliau telah menjadi pendakwah kepada golongan Cina dan ramai di kalangan mereka telah memluk Islam setelah khadijah membuka mata mereka untuk mencari kebenaran dan mengenali Islam dengan lebih dekat. Ternyata islam adalah agama yang diterima oleh sesiapa sahaja kerana intipatinya mengatur seluruh kehidupan manusia dengan syariat Islam yang murni.




Loo Jo yee, seorang gadis remaja berkongsi tentang kisah kehidupannya bagaimana dia telah menemui Islam sebagai  agama yang benar. Pada umur semuda 18 tahun dia telah memeluk Islam dan meninggalkan keseronokan hidup sebagai seorang remaja sebagaimana yang kita boleh lihat kebanyakan gadis-gadis cina Moden hari ini. Loo Jo yee telah tertarik kepada Islam kerana kebaikan yang terdapat di dalam Islam. Loo Jo yee menceritakan pelbagai cabaran-cabaran yang dihadapi dalam perjalanan untuk menjadi seorang Muslim yang sebenar.






Haji Mansor yap Abdullah adalah seorang tokoh jutawan kerana kejayaannya dalam perusahaan perniagaan. Beliau adalah pengerusi Persatuan Cina Muslim Melaka (PERTIM) dan aktif dalam kerja-kerja dakwah. Apa yang oleh diambil iktibar ialah bagaimana beliau melaksanakan usaha dakwah terutama terhadap masyarakat Cina  melalui sistem ekonomi dengan mengusahakan pelbagai jenis perniagaan dan memberi peluang pekerjaan kepada saudara-saudara baru dengan niat untuk membatu mereka dengan Ikhlas. Pendakwah-pendakwah masa kini khususnya boleh mengambil contoh dan iktibar bagaimana untuk berdakwah kepada masyarakat Cina bukan Islam hari ini.






Shaikh Abdur Rahim Green ialah seorang lelaki Inggeris menceritakan perjalanan kehidupannya mencari kebenaran pegangan agama. Beliau telah berhijarah dari agama Kristian dan kemudiannya Buddha sebelum menemui cahaya hidayah Islam. Beliau telah berkongsi pengalamannya sebagai seorang penganut agama Buddha dengan mengetengahkan prinsip-prinsip dalam agama Budhha terutama konsep ketuhanan Buddha yang tidak dapat diterima dan beliau mengupas falsafah Buddha untuk dikongsi bersama. Beliau kini aktif dalam aktiviti-aktiviti dakwah yag berpusat di England serta aktif dalam berdakwah terutama dalam memberikan ceramah secara terbuka.









Ketika Persidangan Perubatan ke-5 yang diadakan di Riyadh, Profesor Tejasen mengikuti siri seminar tentang tanda-tanda perubatan dalam al-Quran dan Sunnah. Profesor Tejasen menghabiskan masa selama empat hari bersama muslim dan bukan Islam di dalam seminar, membingcangkan tentang kandungan al-Quran dan Sunnah. Profesor Tejatat Tejasen mengucapkan kalimat syahadat di Persidangan Perubatan ke-5 yang diadakan di Riyadh, Saudi Arabia. Beliau adalah Ketua Jurusan Anatomi di Universiti Chiang Mai, Thailand. Sebelumnya memegang jawatan Dekan Fakulti Perubatan di Universiti yang sama.








Pada pandangan Yee, tauhid Islam itu begitu mudah dan sangat sederhana. Untuk menjadi Muslim, katanya seseorang hanya perlu mengucapkan dua kalimat syahadat. Ia makin terpesona dengan ajaran yang disebarkan Nabi Muhammad SAW itu, karena  Islam tidak mengajarkan kekerasan, tetapi perdamaian dan saling menghormati. Yee pun menyedari bahawa Islam bukanlah sebuah agama eksklusif yang hanya dimiliki atau dianut oleh satu kelompok tertentu. Menurutnya, Islam adalah sebuah agama yang universal. Allah SWT, Tuhan umat Islam, tidak hanya untuk orang Arab, tetapi juga untuk orang Cina, Negro, dan semua orang di atas bumi ini. “Islam adalah agama untuk semua umat di bumi,” tuturnya.




Link ini menceritakan tentang seorang yang berbangsa cina dari Hong Kong yang  memeluk agama Islam. Dia mempunyai kawan Islam dan kawannya menceritakan tentang Islam kepadanya. Umar menyatakan bahawa dia suka agama Islam dan mengatakan bahawa agama Islam adalah agama yang sempurna.








Link ini menceritakan tentang Sr Gurly/Sarah iaitu seorang yang berdarah campuran Filipina dan Cina yang memeluk agama Islam. Semasa beliau berada di United States telah berlaku satu kemalangan yang melibatkau beliau. Kawannya menasihatinya supaya membuat laporan polis. Sedangkan bosnya menegahnya daripada membuat laporan polis kerana insuran yang tinggi. Kawannya menyatakan bahawa dia boleh menipu semua orang kecuali Allah. Beliau berasa ingin tahu lebih lanjut dan kawannya mula menceritakan tentang agama Islam.  Beliau tertarik dengan agama Islam apabila membaca al-Quran yang diberikan oleh kawannya kepadanya. Beliau mengatakan bahawa al-Quran menakjubkan.





Lim Jui Soon merupakan seorang yang berbangsa Cina dan dilahirkan di Melaka. Dilahirkan dalam keluarga yang menganut Buddha. Beliau pada asalnya Buddha tetapi selepas itu beliau menganut agama kristian. Selepas kawannya menunjukkan perdebatan antara Syeikh Ahmad Deedat dengan Jimmy Swaggart, beliau mula mengkaji dengan lebih mendalam tentang perbezaan antara kristian dan Islam.

0 comments:

Post a Comment