Soal Jawab Keagamaan



Kenapa Islam Mengharamkan Babi?

Hallo... 
Buat para pembaca yang disayangi hari ini saya ingin berkongsi kenapa dalam Islam mengaramkan babi, antara sebab utama ialah, Babi meyebabkan tidak kurang daripada 70 jenis penyakit yang disebabkan pelbagai helminthes seperti cacing bulat, cacing pita, cacing peniti dan cacing kerawit. Cacing pita mempunyai saiz panjang dan hidup dalam usus. Ovum cacing tersebut boleh masuk dalam aliran darah dan meyebar ke semua organ tubuh. kesan jangkitan cacing pita ialah Hilang ingatan, serangan jantung, melibatkan buta, mengakibatkan kerosakan hati. Trichura tichurasis, ovum cacing tersebut tidak mati sungguhpun telah masak dengan sempurna. Kajian yang pernah dilakukan terhadap 24 orang yang menghidap Trichura Tichurasis di Amarika Syarikat menyatakan bahawa dua puluh orang daripada mereka telah memasak daging tersebut sampai masak dan sempurna.



Penyebab yang kedua ialah babi mempunyai bahan pembina lemak yang tinggi dan mengandungi lemak berlebihan, lemak tersebut akan tersimpan dalam saliran darah manusia dan meyebabkan hipertensi dan serangan jantung, lebih 50 peratus rakyat Amerika menghidap hipertensi...hmmm bahaya tu....

2.    Penyebab yang ketiga pula babi adalah haiwan yang paling kotor  secara semula jadi kerana ia hidup dan membiak pada kotoran dan najis manusia.

3.     Babi juga adalah haiwan menjijikkan kerana merelakan pasangan masing-masing melakukan seks bersama jantan lain.

4.    Manakala DNA babi mempunyai kesamaan paling dekat dengan dengan DNA manusia saintis meramalkan DNA babi dapat mempengaruhi DNA manusia jika dipindahkan ke dalam tubuh manusia, oleh sebab itu babi sering dijadikan haiwan penyelidikan menggantikan manusia.

2.     Kenapa Islam melarang pemeliharaan anjing?.

1.   Kenapa Islam juga melarang pemeliharaan anjing ni?? Antara sebab-sebabnya ialah anjing merupakan haiwan yang bising sehingga menggangu jiran.
      Anjing merupakan haiwan yang bersifat buas, sungguhpun anjing telah dibela bertahun-tahun tetapi sifatnya buas, banyak kes majikan yang digigit anjing pemeliharaan sendiri.
3.    njing merupakan haiwan kotor, lidah anjing sentiasa terjulur sehingga menitiskan air liur dan merata tempat.
4. Air liur anjing mengandungi bacteria yang dapat meyebabkan penyakit gila babi...sesungguhnya datang untuk mencaga dan memlihara keamanan dan kesejahteraan manusia...betul kan pembaca yang dikasihi... 

3.     Kenapa Islam Malarang Minum Arak?

Dalam islam juga diharamkan untuk mengambil  arak  kerana ia akan melemahkan minda dan tidak dapat mengawal kegunaan otak dalam membuat keputusan. Orang yang mabuk akan melakukan amalan di luar kawalan kebiasaan seperti kencing dalam seluar, berjalan di luar kawalan dan  dan menggunakan bahasa kotor apabila bercakap dengan ibu bapa dan orang lain. Kes pelacuran, rogol, sumbang mahram dan penyakit AIDS tertinggi berlaku di kalangan peminum arak. Merujuk soal selidik yang dilakukan oleh U.s Department Of Justice pada tahun 1996, setiap hari terdapat 1.713 kes rogol di USA. 
Mengikut laporan kebanyakan kes dan jenayah lain dilkukan oleh orang yang mabuk arak.
Mengikut hasil kajian terhadap penagih arak tegar pada mulanya hanya minum arak sekadar bersosial, mereka tidak mampu mengawal diri kesudahannya mereka tidak dapat membuang tabiat buruk itu. Orang yang mabuk arak dan pernah melakukan jenayah akan menghadapi tekanan emosi yang kekal kerana masyarakat memandang serong walaupun mereka telah bertaubat.




Antara penyakit kronik disebabkan minum arak ni ialah:
Penyakit limpa hati.
    Kanser kerongkong, kanser kepala dan leher, kanser hati dan usus.
3.     Penyakit gastric, pancreas, hepatitis.
4.     Kardiminopati, tekanan da darah tinggi, koroni arteroklerosis, angina dan kerosaka hati.
5.     Penyakit sawan dan paralisis.
6.     Amnesia.
7.     Kehilangan kawalan dan daya ingatan.
8.     Beri-beri.
9.     Meracau melampau dan meyebabkan kematian.
1. Penyakit kulit, eczema dan pelbagai penyakit lain yang serius. Agama islam menolak segala kemudharatan yang berlaku kepada manusia, demi untuk kesihatan diri kita semua... terima kasih sudi membaca..


Sumber  buku "Islam untuk semua", karya Faisal Abdul Rahman: 2012

0 comments:

Post a Comment