Tuesday 18 December 2012

10:30 - No comments

JURUTERA CINA MEMELUK ISLAM





MAKKAH: Seramai 20 jurutera kanan China yang terbabit dalam Projek Kereta Api Al-Masha’er memeluk Islam setakat ini.

Akhbar tempatan melaporkan, pengucapan syahadah itu menjadikan jumlah kakitangan memeluk Islam di kalangan jurutera projek terbabit mencapai 2,000 orang. Secara keseluruhan, 6,000 jurutera dan buruh kini menyiapkan projek kereta api yang menghubungkan semua kawasan utama dalam ibadah haji dan umrah itu.
Disebabkan jumlah pekerja Islam bertambah, pengurusan projek turut menyediakan tempat khas untuk bersolat di tapak pembinaan berkenaan. Penyelia Projek Kereta Api Al-Masha’er berkata, mereka menyediakan program khas untuk 20 jurutera terbabit, termasuk membabitkan aspek teori dan praktikal ibadah.
“Mereka juga diajar bahasa Arab serta ceramah oleh ulama China yang terbabit dalam aktiviti dakwah,” katanya. - SG
kredit : hmetro.com.my
Gambar Hiasan

Tuesday 11 December 2012

12:00 - No comments

ALHAMDULILLAH.....8 SAUDARA BARU MEMELUK ISLAM....

Demikian pengakuan ikhlas seorang ahli perniagaan dari batu berendam,Alex Chua Kim Soon, 37 kepada wartawan selepas majlis pengislaman selepas solat zohor.. Lebih manis lagi isterinya, Teng Hie King ,39 yang sedang hamil 9 bulan serta 2 anak , Katherine Chua Tsim Yee , 5 dan Crystal Chua Tsim Rho, 3 . 

Majlis pengislaman dan ucapan dua kalimah syahadah itu telah di sempurnakan sendiri oleh 
Ketua Menteri DS Mohd Ali Rustam di surau taman teluk mawar..





Menurut Alex lagi, perbandingannya terhadap agama lain sebelum ini bagi mencari solusi tentang kewujudan sang pengcipta akhirnya menemukan dia dengan agama syumul yang lengkap dan sempurna."ini lah agama yang saya cari,ia sempurna dan cukup lengkap sebagai panduan dan pengangan hidup. saya bersyukur kerana niat suci saya dipermudahkan.

InsyaAllah saya akan menjadi seorang Muslim yang baik serta membimbing isteri dan anak2 menjalani kehidupan sebagai umat Muhammad.
"sebenarnya sudah lama terpaut terhadap islam malah sejak belasan tahun lalu saya sudah pun membaca dan mempraktikkan beberapa amalan yang di tuntut dalam islam, antaranya pusa dan bersedekah, cuma ketika itu hati belum terbuka sepenuhnyauntuk masuk islam "

Menurut Alex lagi, niat untuk menjadi seorang muslim di terima baik oleh seluruh keluarga yang beragama budha dan mereka merestui pilihan saya dan isteri, mereka tidak membantah, malah turut memberi sokongan. Ini menguatkan lagi azam saya menjadi seorang muslim sejati "

Selain Alex, sepasang lagi suami isteri, PAng Chon Siong, 35, dan Lau Sook Lee, 27 yang berasal dari pahang turut mengambil langkah serupa mengucap 2 kalimah syahadah tengah hari dengan 2 lagi rakan mereka, Teh Chai Kok,29 serta Pang Yun Ang.


majlis meraihkan semua Saudara Baru itu telah diadakan di kediaman Pengerusi Eksekutif kumpulan AGIBS Berhad, Datuk Abdul Ghafar Ibrahim sejurus selepas majlis pengislaman berlangsung. Turut hadir Pengarah Balai Islam Melaka, Ustaz Mohammad Leow Abdullah, dan penasihat PERKIM Melaka Lim Jooi Soon.



P/S Islam bukanlah sebuah agama yg memaksa sesiapa pun dari agama lain utk menganutinya. Ianya lahir drpd hidayah yg diberikan oleh Allah s.w.t terhadap hamba yg dikehendakinya. Alhamdulillah...semoga semakin ramai lagi saudara baru selepas ini yg mencintai agam Islam dgn hati yg terbuka dan sentiasa dlm rahmat serta kasih sayang Allah s.w.t....aminnn....

Tuesday 4 December 2012

11:30 - No comments

MUALAF & ISU MURTAD


Dalam mengharungi dugaan dan persepsi negatif terhadap mualaf, hanya keimanan dan kesabaran sahaja yang dapat melunturkan segala jenis kritikan terhadap mualaf atau pun keluarganya. Setelah mengambil keputusan yang begitu penting dalam hidupnya mualaf harus tabah dan pada masa yang sama menjalin hubungan yang baik terhadap kaum keluarga terutama sekali kepada kedua ibu bapa kerana pada suatu hari dan ketika Insya Allah pintu hati mereka akan terbuka terutama bila melihat mualaf itu kini hidup lebih teratur dan bahagia. 

Seorang mualaf yang ingin kembali semula ke agama asalnya adalah dikira ia telah murtad. Dalam isu murtad ini, sebagai seorang Muslim, kita wajib mengkaji dan mencari jalan untuk mengajak dan memujuk semula sahabat baru ini agar kembali ke pangkuan jalan yang sebenar, yakni jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. Kita seharusnya memberikan masa untuk kaunseling dan memberikan apa-apa bantuan yang diperlukan oleh mualaf berkenaan supaya hatinya yang terbuka itu mendapat kekuatan untuk kembali semula menghayati ajaran Islam.




Faktor kenapa mualaf menjadi murtad


Faktor Tolakan.


Faktor tolakan kepada agama Islam bukan kerana kelemahan agama Islam itu sendiri yang Maha Sempurna dan serba serbi lengkap tetapi kerana kelemahan umat Islam dalam berdepan dengan mualaf tersebut atas faktor berlainan bangsa dan bahasa atau sememangnya cemburu dengan mualaf tersebut. Perkara ini sering berlaku kerana faktor kejahilan atau penolakkan hukum sehingga ada lelaki atau wanita yang sanggup menuduh pihak anak perempuan mereka atau suami mereka yang jujur dalam keinginan untuk membimbing pasangan mereka kearah Islam yang sebenar melalui jalan yang diharuskan oleh syara’. 


Faktor Tarikan


Manakala faktor tarikan yang timbul didalam hati mereka-mereka yang menghadapi tekanan yang hebat samada dari keluarga asal yang bukan Islam mahupun dari keluarga baru yang muslim, sehingga mereka ingin hidup bebas kembali, tanpa sebarang ikatan beragama atau paling kurang ingin kembali ke pangkuan keluarga asal yang bukan beragama Islam. 


Bersikap jujurlah dengan mualaf


Mutakhir ini kita melihat tidak kira persatuan atau orang perseorangan, telah mula menampakkan usaha, mengambil tahu dan memberi perhatian terhadap mualaf. Sebagai individu muslim, kita seharusnya memberi sokongan kepada usaha-usaha ini tanpa melihat siapa pembawanya. 


Tidak dinafikan, ada juga persatuan berjenama mualaf mati dan sunyi sepi tanpa program dakwah. Begitu juga terdapat yayasan mualaf yang hanya tinggal nama sahaja. Tidak terlihat program atau aktiviti organisasi ini yang sepatutnya bekerja keras memberi pendidikan kepada mualaf. 


Sementara, wujud pula individu-individu dan orang-perseorangan lain tanpa berdaftar terus sahaja menyuarakan keperluan mualaf, bergelanggang di tengah-tengah mereka dengan program-program yang walaupun tidak bertaqwim , namun dikenalpasti sedikit sebanyak mengisi keperluan para mualaf. 


Gelaran ‘mualaf’ adalah gelaran yang bersih pada asalnya, namun demikian ramai yang telah menggunakan istilah tersebut dengan nada yang menghina. Sangat perlu bagi masyarakat sekeliling terutama mereka yang berkaitan untuk mengambil perhatian serius soal pendidikan orang-orang mualaf sehinggalah mereka faham sekali gus boleh mengaplikasikan kewajiban seorang muslim dalam hidup seharian. 


Sementara, para mualaf pula, janganlah terlalu berharap dan menunggu guru-guru agama datang ke kampung kalian untuk mengajar. Berusahalah mencari guru-guru berkaitan di sekitar kalian, lebih-lebih lagi bagi anda yang sudah menjangkau 5 tahun keislaman. 


Kepada mereka yang bergelanggang di tengah-tengah masyarakat mualaf pula, jujurlah dengan harapan-harapan para mualaf. Jika hanya sekadar berprogram bulanan atau mingguan sahaja belum memadai dan tidak akan menampakkan banyak perubahan pada ilmu mereka melainkan diadakan diujudkan halaqat tarbawiyah secara mingguan supaya pendidikan mereka berbentuk interaktif secara dua hala. Bagi mereka yang terlibat, seharusnya melengkapkan diri dan anggota pasukan lain dengan persediaan menghadapi soalan-soalan yang sering ditanya oleh mereka yang belum larut kedalam kehidupan seorang mukmin sejati.

p/s      Seorang mualaf adlh dari kalangan saudara Islam yang baru memeluk Islam tanpa adanya secalit dosa. Mereka diibaratkan seperti bayi baru dilahirkan yang mana masih suci seperti kain putih.Oleh hal demikian, walaupun kita tidak mampu menarik seseorang itu untuk masuk Islam menerusi hidayah Allah s.w.t, maka tidak perlulah kita menjadi asbab terkeluarnya balik seseorang mualaf itu ke dalam agama asalnya.......