Tuesday 18 December 2012

10:30 - No comments

JURUTERA CINA MEMELUK ISLAM





MAKKAH: Seramai 20 jurutera kanan China yang terbabit dalam Projek Kereta Api Al-Masha’er memeluk Islam setakat ini.

Akhbar tempatan melaporkan, pengucapan syahadah itu menjadikan jumlah kakitangan memeluk Islam di kalangan jurutera projek terbabit mencapai 2,000 orang. Secara keseluruhan, 6,000 jurutera dan buruh kini menyiapkan projek kereta api yang menghubungkan semua kawasan utama dalam ibadah haji dan umrah itu.
Disebabkan jumlah pekerja Islam bertambah, pengurusan projek turut menyediakan tempat khas untuk bersolat di tapak pembinaan berkenaan. Penyelia Projek Kereta Api Al-Masha’er berkata, mereka menyediakan program khas untuk 20 jurutera terbabit, termasuk membabitkan aspek teori dan praktikal ibadah.
“Mereka juga diajar bahasa Arab serta ceramah oleh ulama China yang terbabit dalam aktiviti dakwah,” katanya. - SG
kredit : hmetro.com.my
Gambar Hiasan

Tuesday 11 December 2012

12:00 - No comments

ALHAMDULILLAH.....8 SAUDARA BARU MEMELUK ISLAM....

Demikian pengakuan ikhlas seorang ahli perniagaan dari batu berendam,Alex Chua Kim Soon, 37 kepada wartawan selepas majlis pengislaman selepas solat zohor.. Lebih manis lagi isterinya, Teng Hie King ,39 yang sedang hamil 9 bulan serta 2 anak , Katherine Chua Tsim Yee , 5 dan Crystal Chua Tsim Rho, 3 . 

Majlis pengislaman dan ucapan dua kalimah syahadah itu telah di sempurnakan sendiri oleh 
Ketua Menteri DS Mohd Ali Rustam di surau taman teluk mawar..





Menurut Alex lagi, perbandingannya terhadap agama lain sebelum ini bagi mencari solusi tentang kewujudan sang pengcipta akhirnya menemukan dia dengan agama syumul yang lengkap dan sempurna."ini lah agama yang saya cari,ia sempurna dan cukup lengkap sebagai panduan dan pengangan hidup. saya bersyukur kerana niat suci saya dipermudahkan.

InsyaAllah saya akan menjadi seorang Muslim yang baik serta membimbing isteri dan anak2 menjalani kehidupan sebagai umat Muhammad.
"sebenarnya sudah lama terpaut terhadap islam malah sejak belasan tahun lalu saya sudah pun membaca dan mempraktikkan beberapa amalan yang di tuntut dalam islam, antaranya pusa dan bersedekah, cuma ketika itu hati belum terbuka sepenuhnyauntuk masuk islam "

Menurut Alex lagi, niat untuk menjadi seorang muslim di terima baik oleh seluruh keluarga yang beragama budha dan mereka merestui pilihan saya dan isteri, mereka tidak membantah, malah turut memberi sokongan. Ini menguatkan lagi azam saya menjadi seorang muslim sejati "

Selain Alex, sepasang lagi suami isteri, PAng Chon Siong, 35, dan Lau Sook Lee, 27 yang berasal dari pahang turut mengambil langkah serupa mengucap 2 kalimah syahadah tengah hari dengan 2 lagi rakan mereka, Teh Chai Kok,29 serta Pang Yun Ang.


majlis meraihkan semua Saudara Baru itu telah diadakan di kediaman Pengerusi Eksekutif kumpulan AGIBS Berhad, Datuk Abdul Ghafar Ibrahim sejurus selepas majlis pengislaman berlangsung. Turut hadir Pengarah Balai Islam Melaka, Ustaz Mohammad Leow Abdullah, dan penasihat PERKIM Melaka Lim Jooi Soon.



P/S Islam bukanlah sebuah agama yg memaksa sesiapa pun dari agama lain utk menganutinya. Ianya lahir drpd hidayah yg diberikan oleh Allah s.w.t terhadap hamba yg dikehendakinya. Alhamdulillah...semoga semakin ramai lagi saudara baru selepas ini yg mencintai agam Islam dgn hati yg terbuka dan sentiasa dlm rahmat serta kasih sayang Allah s.w.t....aminnn....

Tuesday 4 December 2012

11:30 - No comments

MUALAF & ISU MURTAD


Dalam mengharungi dugaan dan persepsi negatif terhadap mualaf, hanya keimanan dan kesabaran sahaja yang dapat melunturkan segala jenis kritikan terhadap mualaf atau pun keluarganya. Setelah mengambil keputusan yang begitu penting dalam hidupnya mualaf harus tabah dan pada masa yang sama menjalin hubungan yang baik terhadap kaum keluarga terutama sekali kepada kedua ibu bapa kerana pada suatu hari dan ketika Insya Allah pintu hati mereka akan terbuka terutama bila melihat mualaf itu kini hidup lebih teratur dan bahagia. 

Seorang mualaf yang ingin kembali semula ke agama asalnya adalah dikira ia telah murtad. Dalam isu murtad ini, sebagai seorang Muslim, kita wajib mengkaji dan mencari jalan untuk mengajak dan memujuk semula sahabat baru ini agar kembali ke pangkuan jalan yang sebenar, yakni jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. Kita seharusnya memberikan masa untuk kaunseling dan memberikan apa-apa bantuan yang diperlukan oleh mualaf berkenaan supaya hatinya yang terbuka itu mendapat kekuatan untuk kembali semula menghayati ajaran Islam.




Faktor kenapa mualaf menjadi murtad


Faktor Tolakan.


Faktor tolakan kepada agama Islam bukan kerana kelemahan agama Islam itu sendiri yang Maha Sempurna dan serba serbi lengkap tetapi kerana kelemahan umat Islam dalam berdepan dengan mualaf tersebut atas faktor berlainan bangsa dan bahasa atau sememangnya cemburu dengan mualaf tersebut. Perkara ini sering berlaku kerana faktor kejahilan atau penolakkan hukum sehingga ada lelaki atau wanita yang sanggup menuduh pihak anak perempuan mereka atau suami mereka yang jujur dalam keinginan untuk membimbing pasangan mereka kearah Islam yang sebenar melalui jalan yang diharuskan oleh syara’. 


Faktor Tarikan


Manakala faktor tarikan yang timbul didalam hati mereka-mereka yang menghadapi tekanan yang hebat samada dari keluarga asal yang bukan Islam mahupun dari keluarga baru yang muslim, sehingga mereka ingin hidup bebas kembali, tanpa sebarang ikatan beragama atau paling kurang ingin kembali ke pangkuan keluarga asal yang bukan beragama Islam. 


Bersikap jujurlah dengan mualaf


Mutakhir ini kita melihat tidak kira persatuan atau orang perseorangan, telah mula menampakkan usaha, mengambil tahu dan memberi perhatian terhadap mualaf. Sebagai individu muslim, kita seharusnya memberi sokongan kepada usaha-usaha ini tanpa melihat siapa pembawanya. 


Tidak dinafikan, ada juga persatuan berjenama mualaf mati dan sunyi sepi tanpa program dakwah. Begitu juga terdapat yayasan mualaf yang hanya tinggal nama sahaja. Tidak terlihat program atau aktiviti organisasi ini yang sepatutnya bekerja keras memberi pendidikan kepada mualaf. 


Sementara, wujud pula individu-individu dan orang-perseorangan lain tanpa berdaftar terus sahaja menyuarakan keperluan mualaf, bergelanggang di tengah-tengah mereka dengan program-program yang walaupun tidak bertaqwim , namun dikenalpasti sedikit sebanyak mengisi keperluan para mualaf. 


Gelaran ‘mualaf’ adalah gelaran yang bersih pada asalnya, namun demikian ramai yang telah menggunakan istilah tersebut dengan nada yang menghina. Sangat perlu bagi masyarakat sekeliling terutama mereka yang berkaitan untuk mengambil perhatian serius soal pendidikan orang-orang mualaf sehinggalah mereka faham sekali gus boleh mengaplikasikan kewajiban seorang muslim dalam hidup seharian. 


Sementara, para mualaf pula, janganlah terlalu berharap dan menunggu guru-guru agama datang ke kampung kalian untuk mengajar. Berusahalah mencari guru-guru berkaitan di sekitar kalian, lebih-lebih lagi bagi anda yang sudah menjangkau 5 tahun keislaman. 


Kepada mereka yang bergelanggang di tengah-tengah masyarakat mualaf pula, jujurlah dengan harapan-harapan para mualaf. Jika hanya sekadar berprogram bulanan atau mingguan sahaja belum memadai dan tidak akan menampakkan banyak perubahan pada ilmu mereka melainkan diadakan diujudkan halaqat tarbawiyah secara mingguan supaya pendidikan mereka berbentuk interaktif secara dua hala. Bagi mereka yang terlibat, seharusnya melengkapkan diri dan anggota pasukan lain dengan persediaan menghadapi soalan-soalan yang sering ditanya oleh mereka yang belum larut kedalam kehidupan seorang mukmin sejati.

p/s      Seorang mualaf adlh dari kalangan saudara Islam yang baru memeluk Islam tanpa adanya secalit dosa. Mereka diibaratkan seperti bayi baru dilahirkan yang mana masih suci seperti kain putih.Oleh hal demikian, walaupun kita tidak mampu menarik seseorang itu untuk masuk Islam menerusi hidayah Allah s.w.t, maka tidak perlulah kita menjadi asbab terkeluarnya balik seseorang mualaf itu ke dalam agama asalnya.......

Saturday 24 November 2012

10:30 - No comments

Masjid tertua di China

Seperti di ketahui umum...negara China merupakan salah sebuah negara yang mempunyai penduduk yang sangat padat...namun begitu terdapat ramai penduduk di negara ini yang telah memeluk Islam..
Pada kali ini, mari kite susuli mengenai sejarah salah sebuah masjid yang terdapat di China yang mana mengikut maklumat yang boleh dipercayai ianya merupakan masjid yang tertua di sini...

Masjid Niujie adalah masjid paling tua dan bersejarah di Beijing, ibukota negara Republik Rakyat Cina (RRC). Usia masjid ini n lebih dari seribu tahun. Masjid terbesar di antara 68 buah masjid di Beijing ini juga menjadi titik awal masuknya Islam di China.
MASJID Niujie. Niujie ertinya 'Jalan Sapi atau lembu.' Kerana sejak dulunya warga di wilayah ini menjual masakan halal, terutama yang menggunakan bahan baku daging lembu atau sapi. Justeru tidak hairan jika kawasan ini dipenuhi oleh restoran-restoran Muslim. Berada di dalam area kompleks seluas lebih kurang 6,000 meter persegi.
Masjid Niujie (bahasa Cina: 牛街清真寺; pinyin: niújiē qīngzhēnsì) adalah masjid paling tua dan bersejarah di Beijing, ibukota negara Republik Rakyat Cina (RRC). Usia masjid ini lebih dari seribu tahun. Masjid terbesar di antara 68 buah masjid di Beijing ini juga menjadi titik awal masuknya Islam di daratan Cina. Masjid ini dibangun pada masa pemerintahan Kaisar Tonghe dari Dinasti Liao, tahun 996 Masehi, oleh dua orang Arab.
Menilik dari sejarah tegaknya, masjid ini sudah melintasi enam zaman, dari masa kekuasaan Dinasti Liao, Dinasti Song, Dinasti Yuan, Dinasti Ming, Dinasti Qing hingga era Cina modern sekarang. Sejak awal berdiri hingga kini, Masjid Niujie telah mengalami beberapa kali renovasi dan perluasan. Di masa pemerintahan Dinasti Ming, bangunan masjid mengalami perbaikan pada tahun 1442.


Kemudian diperluas pada tahun 1696, semasa Dinasti Qing berkuasa. Setelah RRC berdiri tahun 1949, Masjid Niujie telah mengalami tiga kali renovasi, masing-masing di tahun 1955, 1979 dan 1996. Sebagai masjid tertua dan paling besar di Beijing, tidak mengherankan jika masjid ini menjadi pusat komuniti Muslim di kota tersebut yang jumlahnya mencapai 200 ribu jiwa.
Masjid ini terletak di kawasan Niujie, Distrik Xuanwu, Beijing. Niujie sendiri dikenal sebagai kawasan padat berpopulasi Muslim terbesar di Beijing. Data terakhir menyebutkan terdapat sekitar 13 ribu warga Muslim yang bermukim di kawasan ini.



Kerajaan China membiayai beberapa projek pemulihan masjid berkenaan, yang dianggap antara masjid paling terkenal di dunia sejak 1949.
Pada 2005, kerajaan menyumbangkan 25 juta Yuan bagi melaksanakan kerja pembaikan dan pembesaran Masjid Niujie projek terbesar seumpamanya setakat ini termasuk membina semula Dewan Wanita.
Setelah mengalami empat kali renovasi, Masjid tersebut kini menjadi tempat yang lebih nyaman untuk melaksanakan ibadah.
Masjid ini dibina dari kayu balak, rumah kepada beberapa relik dan batu bersurat kebudayaan penting, seperti batu bersurat yang tertulis suatu titah seorang maharaja pada 1694 di zaman Dinasti Qing.
Menerusi fakta yang dadapati, Islam telah lama datang dan berkembang di negara China. Tidak hairanlah terdapatnya masjid yang tertua di sini kerana penduduknya telah berkurun lamanya memeluk Islam. Bak kata pepatah.."menuntut ilmu biarlah samapi ke negara China"

Wednesday 14 November 2012

10:22 - No comments

Gadis Remaja Cina Masuk Islam



Kisah Menarik Loo Jo Yee Binti Abdullah Untuk Renungan 
Tahukah anda bahawa Loo Joo Yee merupakan seorang gadis berketurunan Cina yang kini sudah pun memeluk agama Islam.

Namanya mula dikenali ramai selepas ia mula berkongsi cerita bagaimana saat menerima hidayah Allah.
Mungkin ada di antara anda di sini sudah mengenali dengan nama ini, namun jika sebaliknya ada satu kisah yang menarik dikongsikan oleh gadis ini.

Loo Jo Yee Binti Abdullah
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat.

Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Note – Islam tidak pernah memaksa seseorang itu untuk memeluk agama Islam, malah Islam juga bersedia untuk dikaji oleh orang kafir sendiri. Alhamdulillah, bagi kita yang dilahirkan sebagai orang Islam sepatutnya lebih bersykur kerana ia adalah antara nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada kita semua. Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.